Followers

Thursday 1 December 2011

ombak rindu

Assalamualaikum .
novel 

 

Firstly , aku pun tertanya-tanya.Ombak Rindu? Setibanya Hawa dan Nana Eyzi ke rumahku , mereka sentiasa melungsuri laman Youtube untuk mendengar lagu "Ombak Rindu" nyanyian Hafiz dan Adira . Cerita ini berdasarkan novel "Ombak Rindu" karya Fauziah Ashari .

1 Disember 2011 . Aku pergi menonton pada hari pertama filem ini di tayangkan .

Hawa . Dia yang menghasut dan mengajak aku pergi menonton . Kerana dia lah aku pergi menjejakkan kaki ke panggung wayang. 

Kami pergi beramai-ramai.

Ini kali pertama,aku pergi ke kaunter tiket untuk membeli tiket.Pada jam 2.00 P.M , tercatatlah satu sejarah .
Tempat duduk paling belakang penuh.Yang tunggal hanyalah di bahagian hadapan sekali dan barisan yang ke-dua . Depan sangat-sangat. Pop Corn telah habis.Sedangkan baru 15 minit cerita ini di tayangkan :) hehheee

Nana Eyzi,Hawa dan aku terkelip-kelip.Alasannya,tak mahu air mata ni gugur bercucuran.Lagi satu,Farhan (anak saudara) asyik pandang-pandang sebelah , lihat gelagat kami . Aku buat-buat suara menangis, "sobb..sobb..ssoobb" . Orang sebelah Hawa pandang aku , dia kata , "cerita je kot.Tu pun nak menangis?" . Baiklah,itu hanyalah lakonan aku semata-mata di dalam panggung wayang . :D

Ini merupakan kali pertama bagi Nana Eyzi dan Nur Hawa menjejakkan kaki ke panggung wayang .
Aku pula , buat kali ke-dua seumur hidup . Kali ke-tiga cerita apa pula ya?

Antara kata-kata yang aku teringat sampai sekarang adalah :

"Redha itu ikhlas , pasrah itu menyerah .."

Antara babak dalam filem ini :

carian di Google

Maya Karin memegang watak sebagai Izzah , Aaron Aziz sebagai Haris , Lisa Surihani sebagai Mila dan Bront Palarae sebagai Mael .

Sediakan tisu sebelum menjejakkan kaki ke dalam panggung.Sesungguhnya,cerita ini bakal membuatkan air mata anda jatuh ke pipi .

Daripada 5 bintang , aku bagi 4.5 bintang . twinkle twinkle little star

Nak tahu cerita dengan lebih lanjut?Belilah tiket di pawagam berdekatan anda .


Friday 11 November 2011

SURAT UNTUK HATI

Aku tak tahu kenapa . Semua orang tak suka dengan kau . Pada aku kau okay . Tiada yang pelik . Betulkan ? Pertama kali aku terlihat kau . Aku mengaku , kau telah membuatkan aku jatuh cinta . Entah , kau sahaja yang dapat membaca hati aku . Aku tak bertepuk sebelah tangan . Aku seakan tidak percaya , kau memilih aku . Sedangkan ramai yang "admire" dengan kau . Terima Kasih . Setiap kali terjumpa , kita membalas senyuman . Untuk pengetahuan kau , aku sentiasa "back up" kau . Sehinggakan , rakan aku bertanyakan kepada aku , : kau rapat dengan dia ?



ceritapendek-

Thursday 10 November 2011

senarai buku teks

tingkatan 4



BAHASA MELAYU = RM 13.80
BAHASA INGGERIS = RM 13.90
SELECTED POEMS AND SHORT STORIES = RM 33.60
HARGA REMAJA = RM 9.80
MELUNAS RINDU = RM 9.00
SEJARAH = RM 13.90
PENDIDIKAN ISLAM = RM 11.85
SCIENCE = RM 14.40
SCIENCE PRACTICAL = RM 6.40
MATHEMATICS = RM 17.80
ADDITIONAL MATHEMATICS = RM 14.20
PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN = RM 11.70
PRINSIP PERAKAUNAN = RM 11.90
EKONOMI ASAS = RM11.45
BAHASA CINA = RM 12.80
PENDIDIKAN MORAL = RM 14.90
PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

JUMLAH :
pelajar Islam : 15 buah buku
pelajar yang ambil bahasa cina : 16 buah buku
pelajar yang tidak mengambil bahasa cina : 15 buah buku

0.1.2.3.4.5.6.7.8.9.....

WELCOME 



berlari berlari dan berlari .
berjalan berjalan dan terus berjalan .
mengira dan terus mengira .
jika diteruskan tanpa henti , nescaya tidak akan pernah tamat .
kira lah nombor dari 0123456789 dan seterusnya ,
tidak akan pernah habis
free counters