Followers

Thursday 1 December 2011

ombak rindu

Assalamualaikum .
novel 

 

Firstly , aku pun tertanya-tanya.Ombak Rindu? Setibanya Hawa dan Nana Eyzi ke rumahku , mereka sentiasa melungsuri laman Youtube untuk mendengar lagu "Ombak Rindu" nyanyian Hafiz dan Adira . Cerita ini berdasarkan novel "Ombak Rindu" karya Fauziah Ashari .

1 Disember 2011 . Aku pergi menonton pada hari pertama filem ini di tayangkan .

Hawa . Dia yang menghasut dan mengajak aku pergi menonton . Kerana dia lah aku pergi menjejakkan kaki ke panggung wayang. 

Kami pergi beramai-ramai.

Ini kali pertama,aku pergi ke kaunter tiket untuk membeli tiket.Pada jam 2.00 P.M , tercatatlah satu sejarah .
Tempat duduk paling belakang penuh.Yang tunggal hanyalah di bahagian hadapan sekali dan barisan yang ke-dua . Depan sangat-sangat. Pop Corn telah habis.Sedangkan baru 15 minit cerita ini di tayangkan :) hehheee

Nana Eyzi,Hawa dan aku terkelip-kelip.Alasannya,tak mahu air mata ni gugur bercucuran.Lagi satu,Farhan (anak saudara) asyik pandang-pandang sebelah , lihat gelagat kami . Aku buat-buat suara menangis, "sobb..sobb..ssoobb" . Orang sebelah Hawa pandang aku , dia kata , "cerita je kot.Tu pun nak menangis?" . Baiklah,itu hanyalah lakonan aku semata-mata di dalam panggung wayang . :D

Ini merupakan kali pertama bagi Nana Eyzi dan Nur Hawa menjejakkan kaki ke panggung wayang .
Aku pula , buat kali ke-dua seumur hidup . Kali ke-tiga cerita apa pula ya?

Antara kata-kata yang aku teringat sampai sekarang adalah :

"Redha itu ikhlas , pasrah itu menyerah .."

Antara babak dalam filem ini :

carian di Google

Maya Karin memegang watak sebagai Izzah , Aaron Aziz sebagai Haris , Lisa Surihani sebagai Mila dan Bront Palarae sebagai Mael .

Sediakan tisu sebelum menjejakkan kaki ke dalam panggung.Sesungguhnya,cerita ini bakal membuatkan air mata anda jatuh ke pipi .

Daripada 5 bintang , aku bagi 4.5 bintang . twinkle twinkle little star

Nak tahu cerita dengan lebih lanjut?Belilah tiket di pawagam berdekatan anda .


free counters